Monday 21 November 2016

PAHITNYA SEBUAH KEMAAFAN

Terlihat anak kecil sedang berlari anak di tepi pantai sambil ditemani oleh pasangan suami isteri yang mungkin baru mendirikan rumah tangga. Sungguh bahagianya pasangan tersebut bermain ombak yang sedang pecah di gigi pantai.
‘Adakah aku dapat merasai kebahagiaan seperti itu? Seribu tahun mungkin…’ keluhnya mendesah panjang.
 Ramai yang berkata perkahwinan itu indah kerana ia umpama mendirikan sebuah masjid. Tapi tidak bagi Farina. Perkahwinan yang telah didirikan selama 2 tahun ini ialah perkara yang paling disesali dalam dirinya. Demi menjaga hati ibu bapanya, dia sanggup mengahwini lelaki yang pernah hampir merosakkan dirinya.
Empat tahun yang lalu, Farina hampir-hampir diperkosa oleh Iman ketika mereka sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun, nasib farina baik kerana diselamatkan oleh rakan-rakanya yang lalu di tempat yang berdekatan.
Farina bangun dari tempat duduknya. Dikibas-kibas kain yang terlekat pasir pantai ketika dia duduk tadi. Berat kakinya untuk melangkah pulang ke rumahnya yang dianggap sebagai neraka. Dia harus sampai di rumahnya sebelum suaminya pulang dari tempat kerja. Pantai yang berdekatan dengan rumahnya memudahkan dia untuk pulang dengan berjalan kaki sahaja.
Kakinya bagai terpahat di jalan. Matanya membulat. Mukanya pucat lesi. Kelihatan Mini Cooper milik suaminya berada di perkarangan rumah. Perlahan-lahan dia melangkah dengan langkah yang dipaksa. Kelihatan suaminya sedang berdiri tegak di hadapan pintu dengan mata yang menjegil bagai nak terkeluar.
“Abang.. Abang dah lama pulang?” terketar-ketar suara Farina.
“Kau pergi mana?! Aku dah cakapkan jangan keluar rumah!”
“Tapi bang.. Arin keluar pergi pantai tu ja.”
“Kau melawan cakap aku ka Farina!” jerkah suaminya, Iman.
“Tak bang, Arin….”
Paangg! Satu tamparan hinggap di pipi mulus Farina. Merah padam muka farina dek kerana tamparan itu. Air mukanya berubah. Air matanya ditahan sekuat hati agar tidak bertabur di pipi.
“Kau datang sini!” Iman menarik rambut Farina sekuat hati. Dilemparnya Farina ke dalam stor tanpa belas kasihan. Air mata yang ditahan selama ini mencurah-curah dari tubir matanya.
“Kau sedar sini Farina! Kau tu aku kutip tau tak dari mak bapak kau! Mak bapak kau tak hingin langsung kau ni! Kau tau tak kau ni seperti apa? Seperti kucing kurap yang orang sepak-sepak ja tepi jalan! Kalau tak disebabkan ihsan aku! Kau dah lama mati kebulurlah!” bertubi-tubir hinaan yang keluar dari bibir Iman.
Iman menutup pintu stor dengan kuat sekali. Dikuncinya dari luar. Stor yang hanya dipenuhi dengan kegelapan.
`Matilah kau Farina’ bisik Iman di dalam hati.
Farina hanya menangis. Mulutnya terkelu dari kata-kata, hanya tangisan yang teresak-esak keluar dari bibir mungilnya. Dia menekan pinggang di kirinya. Sakit yang menyucuk-nyucuk itu telah menyeksa dirinya hampir setahun.
Hina sangatkah dirinya ini? Kenapa Iman tidak boleh terimanya bagaimana dia boleh menerima Iman? Jahil sangatkah dirinya mengikut perintah ibu bapanya? Mengapa ibu bapanya sanggup lakukan seperti ini?
Farina teringat kembali saat- saat dia dipaksa bernikah dengan Iman. Perintah yang dikeluarkan oleh seorang bapa kepada anaknya. Perintah yang menyebabkan anaknya tidak tumpah seperti kucing kurap menagih simpati orang.
“Bapak nak Farina kawin dengan Iman minggu depan!” arah Encik Sulaiman kepada anaknya.
“Tapi.. Farina tak kenal sapa Iman. Lagipun minggu depan tu terlalu cepat.”
“Aku tak kira! Kalau tak kahwin dengan Iman! Kau bukan anak aku lagi!” Encik Sulaiman menengking anaknya. Isterinya hanya menjeling sambil membelek-belek majalah.
Ibu bapa Farina merupakan golongan yang berada dan hanya mementingkan kekayaan semata-mata. Disebabkan perniagaan yang diusahakan hampir muflis, mereka terpaksa berunding dengan ayah Iman dan menjanjikan untuk mengahwinkan anaknya dengan Iman sebagai cagaran.
Namun, ibu bapa Farina telah ditipu oleh ayah Iman. Perjanjian yang dijanjikan hanyalah sia-sia. Selepas pernikahan Farina dan Iman, perniagaan ibu bapa Farina bankrap. Ibu bapa Farina telah terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika ingin menuntut bela atas penipuan yang dibuat oleh ayah Iman.
Tinggallah Farina sebatang kara bersama-sama dengan keluarga barunya. Di rumah barunya inilah  dia diseksa fizikal dan mental.
Farina tersedar dari lamunan apabila mendengar suara perempuan yang sedang bermesra-mesra dengan seorang lelaki di ruang tamu.
`Iman bawa balik perempuan lagi ka kalini?’ Farina bermonolog seorang diri.
Dia tidak lagi mengendahkan suara yang berada di ruang tamu. Lukanya harus diubati segera. Iman mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Tidak berguna dia menangis hanya kerana lelaki yang langsung tidak mencintainya. Perlahan-lahan dia menutup mata untuk melupakan apa yang terjadi. Akhirnya dia tertidur di dalam stor sambil ditemani oleh kotak-kotak yang tidak berguna.


Tidurnya diganggu oleh bunyi selak kunci dibuka. Dia terus membetulkan kedudukannya. Kelihatan Iman sudah berpakaian lengkap untuk ke tempat kerjanya.
Iman berpakaian kemeja berwarna biru laut, berseluar slack berwarna hitam, bertali leher warna hitam, rambutnya rapid an sedikit terpacak mengikut cara berfesyen sekarang. Iman memiliki wajah kegilaan ramai gadis sekarang. Siapa saja yang dipelawa untuk datang kerumah, pasti tidak akan menolaknya. Namun, anugerah yang Tuhan telah berikan padanya langsung tidak digunakan dengan sebaik mungkin.
“Kau termenung apa lagi Farina!”
Farina tersentak dengan tempikan Iman. “ Taka da apa-apa abang. Farina tak termenung pon.”
“Kau jangan nak tipu aku. Sekaran ni aku dah bagi peluang kat kau untuk keluar dari bilik ni. Jangan kau keluar pulak!” herdik Iman.
“Ohh.. lagi satu. Aku nak kau cuci satu rumah ni bagi bersih! Jangan bagi satu habuk pon terlekat dekat mana- mana perabot dekat rumah aku. Kau masak sedap-sedap. Malam ni aku nak buat parti. Kau jangan malukan aku. Paham!”
“Baik abang.” Terketar-ketar suara Farina.
Iman bergegas ke muka pintu untuk mengambil kasut. Disarungnya dengan tergesa-gesa. Segera dia ke Mini Cooper miliknya itu. Lampu kenderaan itu menyala menandakan kunci sudah dibuka. Iman terus masuk ke dalam perut kereta tanpa teragak-agak. Kereta diundur keluar dari perkarangan banglo yang megah berdiri di atas bukit. Dipecutnya laju.
Farina mengeluh panjang. Akhirnya dia bebas daripada terseksa buat sementara waktu.
‘Aku tak boleh berdiam diri. Aku perlu buat sesuatu. Aku perlu keluar dari neraka ini. Aku perlu cari kebebasan. Aku perlu!’ Farina bermonolog sendirian. Digenggam tangannya erat. Tiba-tiba Farina tersentak. Pinggang sebelah kirinya menyucuk-nyucuk. Apa yang sebenarnya berlaku.
Farina mula membersih rumah dengan berhati-hati. Dari dalam tandas hinggalah ke longkang di luar rumah. Jam sudah menunjukkan waktu pulang dari pejabat. Farina bergegas ke dapur menyediakan juadah yang bersesuaian dengan parti yang dianjurkan oleh suaminya. Farina masak dengan tekun seumpama sedang menyertai perlawanan memasak.
Sedang Farina sibuk memasak. Kedengaran bunyi enjin Mini Cooper milik suaminya tiba di perkarangan rumah. Farina bergegas ke hadapan muka pintu untuk menyambut suami yang dia sayangi selama ini. Tangan dihulurkan untuk menyalam tangan suaminya. Namu tidak diendahkan langsung. Farina senyum kelat.
“Kau dah buat apa yang aku suruh?” soal Iman dengan nada yang bongkak.
“Dah abang. Semua dah siap.” Jawab Farina dengan yakin.
“Bagus. Malam ni.. bila semua kawan aku sampai. Aku nak kau duduk dalam bilik. Dan jangan keluar. Kalau boleh kau jangan tunjuk langsung muka kau dekat tetamu aku. Faham!”
Farina mengangguk. Butir-butir permata akhirnya jatuh dari kelopak matanya.
‘Hina sangatkan diriku ini. Apa salah aku sehinggakan aku dilayan tidak tumpang seperti kucing di jalanan yang ditendang sana sini? Argh! Malam ini aku peril keluar dari sini. Malam ini juga! Azamnya disematkan didalam hati dengan rapi.
Jam menunjukkan tepat pukul 8.00 malam. Farina bergegas naik masuk ke dalam bilik selepas siap menghidangkan makanan di luar rumah. Seterusnya dia bersiap sedia dalam menjalankan misi yang telah diaturkannya selama ini.
Farina mengintai parti di luar rumah melalui jendela biliknya. Hatinya pedih melihat suaminya memeluk pinggang seorang perempuan dengan erat sekali. Sekali lagi air matanya membasahi pipi. Tangisannya semakin tinggi. Suara tangisannya itu mengandungi seribu derita yang tidak berkesudahan.
Dia bangun dengan semangatnya seperti ingin pergi berperang. Terus berjalan kearah almari yang diisi dengan baju miliknya. Dicapai beg besar yang berada diatas almari tersebut. Disumbat dengan pakaian-pakaian yang penting sahaja. Dia tekad untuk keluar malam itu juga.
Jam menunjukkan tepat jam 1.00 pagi. Farina turun ke ruang tamu dengan perlahan-lahan. Langkahnya semakin perlahan apabila semakin mendekati ruang tamu. Dihendapnya di sebalik dinding untuk memastikan yang tiada halangan yang perlu ditempuhi.
Farina meneruskan langkahnya apabila telah pasti yang tiada gangguan yang akan merosakkan rancangannya ini. Farina memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan. Kelihatan kasut yang bertumit tinggi.
‘Pasti milik girlfriend Iman. Sampai bila abang nak lemas dalam kemaksiatan ni.’ Ngomelnya seorang diri. Hatinya pilu dengan sikap suaminya yang tidak pernah mengambil berat tentang halal dan haram.
Farina berlari anak turun dari bukit yang didiaminya dahulu. Di manakah perlu dia mencari teksi pada waktu pagi- pagi begini. Dia perlu ke stesen teksi dengan segera. Farina memberanikan diri berjalan seorang diri di tempat sunyi. Sedang farina mencari stesen teksi, tiba-tiba dia ternampak sebuah teksi sedang menghampiri jalan yang berdekatan dengan tempat dia berdiri. Terus ditahan teksi tersebut dan terus menyuruh pemandu tersebut pergi ke hotel yang berdekatan.
Perjalanannya akan diteruskan pada tengah hari dek kerana waktu tidak mengizinkannya.


Suasana banglo milik Iman menjadi riuh rendah secara tiba-tiba. Iman mengamuk. Matanya liar di sekeliling banglo miliknya seumpama sedang mencari sesuatu. Iman terus menuju ke pintu bilik miliknya. Dibuka pintu tersebut. Kelihatan seorang perempuan sedang tidur dengan nyenyak.
“Hey Intan! Bangun! Dah tengahari ni. Aku nak keluar ni.”
“Ala biy..kejaplah..letihlah..” rengek Intan dengan suara manja
“Dah-dah.. aku tak kira..keluar cepat. Cepat!” arah Iman.
Intan bangun dari katil dengan malasnya. Terkumat-kamit bibirnya umpama sedang mengatakan sesuatu. Disarungnya pakaian yang dipakainya semalam. Disisirnya rambut dengan rapi sekali.
‘Mana Iman ni? Aku dah nak balik ni. Ishh! Kot nak hantar aku balik. Depan rumah pon jadilah.’ Intan mencebik. Dihentak-hentak kakinya dia atas lantai seperti budak-budak.
Iman sedang sibuk menggeledah rumahnya. Setiap pelosok rumah sudah dia pergi. Tetapi tidak dijumpa juga apa yang dicarinya.
‘Mana Farina ni. Pagi-pagi dah menghilangkan diri. Fikir Iman.. Selalunya Farina akan pergi ke mana. Ah! Pantai mungkin. Farina suka pergi ke pantai.’ Iman kembali bermonolog seorang diri.
Iman terus bergegas ke pintu untuk mengambil seliparnya. Intan yang sedang menunggu Iman dihadapan rumah langsung tidak diendahkan olehnya. Intan umpama halimunan sahaja di situ. Iman terus berlari anak meneruni bukit di rumahnya. Dia terus berlari kearah pantai yang selalu dikunjungi oleh Farina. Dia terus mencari Farina di serata tempat.
Setengah jam berlalu, Farina tidak ditemui juga. Iman keletihan. Dia melabuhkan punggungnya di bawah sepohon pokok yang rendang berhampiran dengan pantai. Akhirnya satu keluhan terbit juga dari bibirnya.
‘Manakah kau Farina. Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa aku rasa satu kehilangan yang besar apabila Farina tiada? Adakah aku sudah jatuh cinta dekat Farina? Argh! Tak mungkin. Farina hanya kucing kurap saja. Dia tak layak disayangi.’
Iman teringat akan saat-saat Farina menjejakkan kakinya di rumah itu. Tiada sedikit belas kasihan terbit dalam dirinya. Diseksanya Farina umpama isterinya itu seorang kuli. Tanpa disedari satu penyesalan terbit dari lubuk hatinya. Butir-butir permata yang jernih perlahan-lahan membasahi pipinya.
‘Tak! Farina tu isteri aku. Ya. Aku sudah jatuh cinta dekatnya. Satu minit pon aku tak boleh lupakannya. Ya Allah! Apa yang telah aku lakukan kepada isteri aku sendiri. Layakkah aku dipanggil seorang suami? Suami yang telah menyakiti isterinya sendiri. Dayuskah dirinya ini?’ Iman menekup wajahnya. Semakin teresak-esak tangisannya.
Iman menyesal.Penyesalan yang tidak pasti sama ada ia sudah terlambat. Deringan music Alan Walker yang menandakan panggilan telefon langsung tidak diendahkan olehnya. Dia terus menangis. Air mata penyesalannya terus turun dengan laju.
Tiba-tiba dia dikejutkan oleh seorang budak. Budak lelaki tersebut menghulurkan  sehelai tisu kepadanya dengan senyuman yang manis.
“Pakcik. Kenapa pakcik menangis?” soal anak kecil tersebut.
Iman menyambut huluran tisu tersebut. Satu senyuman terukir dari bibirnya. Sejuk matanya melihat teletah anak kecil tersebut yang sedang bermain pasir ditepinya itu.
“Pakcik tak nangislah. Anak buat apa dekat sini? Mana mak dan ayah?”
“Ada. Tu dekat sana.” Anak kecil tersebut menuding jari ke arah seorang pasangan suami isteri yang sedang perhatinya dari jauh.
Iman senyum kepada pasangan tersebut. Pasangan tersebut menhampiranya.
“kenapa ni encik? Encik ada masalah ka?” satu pertanyaan keluar dari mulut lelaki itu.
Tanpa segan silu, Iman menceritakan kisahnya.
“Isteri saya lari dari rumah. Saya dera dia encik. Saya jahat! Saya lelaki tak berguna.” Iman kembali menangis teresak-esak.
Pasangan suami isteri tersebut terkejut dengan tangisan Iman. Lelaki tersebut menepuk-nepuk bahu Iman perlahan-lahan. Lelaki tersebut melihat Iman dengan simpati.
“Sabarlah encik. Semua manusia tidak ada yang sempurna. Encik carilah isteri encik. Minta maaf dengan dia. Binalah kehidupan yang baru dengan isteri encik.” Lelaki tersebut cuba menenangkan Iman.
“Tapi, saya tidak tahu langsung di mana isteri saya.”
Pasangan suami isteri tersebut diam. Mereka terkelu seribu bahasa bagaikan mulut mereka digam rapi. Satu persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mereka.
Iman memandang ombak yang memukul persisiran pantai tanpa perasaan. Dirinya sudah kosong. Seorang isteri yang patut digembirakan telah meninggalkan dirinya.
‘Layakkah aku dimaafkan oleh Farina?’

Farina terjaga dari tidur dek kerana dia telah bermimpi ngeri. Dia bermimpi Iman memukulnya dengan sekuat hati tanpa belas kasihan.
‘Mimpi rupanya.’ Bisik Farina di dalam hati.
Dia bingkas bangun dari tempat tidurnya. Dicapainya kain tuala yang terletak di atas meja dan terus melangkah ke dalam bilik air. Dia perlu membersihkan dirinya dahulu sebelum menreuskan perjalanannya. Setelah siap membersihkan diri, Farina turun ke lobi hotel untuk check out dari hotel tersebut.
Dia terus menahan teksi yang berhampiran dengan hotel tersebut. Teksi tersebut memecut laju setelah diberi tahu destinasi yang hendak dituju. Farina menarik nafas lega. Dia pasti dapat keluar dari genggaman Iman. Dia perlu memulakan hidup baru dengan kandungannya itu.
Sebulan yang lalu, Farina telah disahkan mengandung selama 3 minggu. Farina tersenyum dalam derita. Dia tidak tahu adakah Iman dapat menerima kandungan ini atau tidak. Dia tekad untuk menyembunyikan berita gembira ini dari Iman.
Lamunannya terhenti apabila teksi tersebut berhenti. Ia menandakan Farina sudah sampai di tempat yang hendak dituju. Farina keluar dari perut teksi tersebut setelah membayar wang tambang. Langkahnya perlahan-lahan menuju ke arah stesen bas yang berdekatan.
Farina melabuhkan punggung dekat bangku yang telah disediakan. Dia buntu. Fikirannya kosong. Dia tidak tahu hendak pergi ke mana. Dia tiada keluarga melainkan Iman. Farina mengeluh panjang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi ke tempat yang akan bertolak secepat mungkin iaitu ke Terengganu.
Di rumah Iman
Iman memasuki bilik yang dihuni oleh Farina suatu ketika dahulu. Dia menggeledah bilik tersebut untuk mencari petunjuk yang mungkin ditinggalkan oleh Farina. Dia terhenti apabila terpandang bakul sampah yang dipenuhi oleh renyukan kertas.
Hatinya meruntun kuat untuk mendekati bakul sampah tersebut. Perlahan-lahan dia membuka helai demi helai kertas renyukan tersebut. Hatinya tersentak apabila sijil perkahwinan mereka, gambar-gambar perkahwinan mereka direnyuk dan di buang. Dia membelek wajah Farina yang terukir senyuman yang sangat manis. Hatinya diruntun rindu yang teramat.
Tiba-tiba air matanya menitis. Satu renyukan kertas di buka perlahan-lahan. Kertas yang disertai dengan satu keputusan pemeriksaan kesihatan. Dia terkejut apabila mengetahui buah pinggang Farina telah rosak.
‘Mana buah pinggang Farina yang sebelah kanan? Kenapa keputusan ini menunjukkan Farina hanya mempunyai buah pinggang di sebelah kiri sahaja.’
Iman tiba-tiba teringat akan penderma buah pinggang yang telah dirahsiakan identitinya. Iman telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang telah mengakibatkan buah pinggan Iman hancur. Iman terus mendail pusat perubatan yang pernah merawatnya ketika dia kemalangan tersebut.
“Penderma tersebut seorang perempuan encik. Namanya Farina binti Khalid” suara dicorong telefon telah mengejutkan Iman.
Telefonnya jatuh dari genggamannya. Iman tergamam. Mukanya pucat lesi. Dia tidak menyangka penderma tersebut merupakan perempuan yang diseksanya iaitu isterinya sendiri.
‘Aku harus cari Farina. Farina suka pantai. Ya! Aku perlu cari dia di kawasan pantai. Arin, tunggu abang. Abang akan cari Arin walaupun satu dunia perlu abang tempuhi.’
Setahun kemudian..
Gigi ombak memukul-mukul kakinya. Angin yang dingin memhempas lembut ke wajah Farina. Sudah setahun dia bebas dari genggaman Iman. Dia merindui Iman. Namu begitu, kisah silamnya sudah cukup membuatkan dia trauma untuk kembali ke pangkuan suaminya itu. Cukup selama 2 tahun dia diseksa oleh Iman. Penyeksaan yang menyebabkan dia tidak boleh menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.
Dia berdiri di persisir pantai. Membiarkan kakinya dipukul-pukul oleh ombak. Perlahan-lahan dia menutup kelopak matanya. Menghirup udara sepuas-puasnya umpama dia tidak berpeluang untuk menghirupnya lagi.
“Farina binti Khalid” sapa seorang lelaki.
Farina menoleh kearah suara lelaki tersebut. Dia terkejut. Seorang lelaki yang tidak asing dengannya. Seorang lelaki yang merupakan kisah silamnya dahulu.
“Iman?” Mata Farina membulat. Farina terus lari dari tempat asalnya. Dikhuatiri akan di apa-apakan oleh lelaki tersebut.
“Farina.. tunggu abang sayang.” Seru Iman dengan suara yang lembut seakan-akan ingin memujuk.
‘Sayang? Aku tak silap dengarka?’ farina perlahan-lahan menoleh kebelakang.
Mereka bertentangan mata. Mata Farina meloroti tubuh badan Iman. Wajah Iman yang sedikit cengkung, jambang yang tidak dicukur dengan rapi, rambut yang sudah mulai menutup mata. Tidak tumpah seperti mati seorang isteri.
Mata Iman redup. Lidahnya terkelu untuk berkata-kata. Kakinya longlai. Akhirnya dia rebah ke atas bumi. Tangisannya semakin memuncak.
“Farina.. maafkan abang sayang.. abang bersalah dekat Farina.. Maafkan abang..” tangisan Iman semakin meninggi seperti ingin melawan bunyi ombak di pantai.
Farina mendekati Iman dengan perlahan-lah. Ditunduknya supaya wajahnya sama paras dengan wajah Iman. Dipandangnya Iman dengan riak wajah yang keliru. Hatinya sarat dengan tanda tanya. ‘Mengapa suaminya jadi sebegini rupa?’
“Abang?” terketar-ketar suara Farina.
Iman terus memeluk Farina. Dia tidak mengendahkan lagi para pengunjung yang melihat mereka sejak dari tadi. Dia tidak akan melepaskan isterinya lagi. Dia harus membawa pulang Farina.
“Sayang.. jom ikut abang balik.. kita mulakan hidup baru? Abang janji abang takkan pukul sayang lagi.. maafkan abang please..” iman memeluk Farina sekuat hati. Rasa rindunya terhadap Farina yang berbuku selama ini kian terlerai.
“Ya abang..sayang maafkan abang.. janganlah macam ni.. malu orang tengok..” pujuk Farina
“ betul ni sayang sudah maafkan abang?” Iman segera meleraikan pelukan dan memandang Farina sedalam-dalamnya.
Farina mengangguk sambil mengukir satu senyuman. Iman terpukau melihat senyuman Farina. Selama 2 tahun mereka mendirikan rumah tangga, tidak pernah dia melihat Farina tersenyum sebegitu rupa.
“Tapi abang.. Arin nak bawa abang pergi ke melawat anak kita.”
“Anak?” soal Iman.
Farina hanya mengangguk. Mereka menaiki kereta Iman. Kereta Mini Cooper milik Iman memecut laju meninggalkan kawasan Pulau Pangkor itu.
“Abang.. macam mana abang boleh cari Arin dekat sini?”
“Arin kan suka pantai.. jadi setiap negeri yang ada pantai abang dah pergi.. last sekali kat sini.. lega abang bila jumpa sayang.. kalau tak abang kena tempat tiket kapal terbanglah pergi Sabah dan Sarawak pulak”
Farina terkedu kerana tidak percaya. ‘Betulkah Iman yang berada di sebelahnya ini merupakan suaminya dahulu?’
Akhirnya mereka tiba di tanah perkuburan yang berhampiran dengan pantai tersebut. Iman terpinga-pinga. Mereka keluar daripada perut kereta tanpa berkata-kata. Iman hanya mengikut langkah isterinya dari belakang. Farina menghentikan langkahnya apabila berada di hadapan sebuah kubur.
Iman hanya memandang kubur tersebut dengan keliru. Dia melihat Farina mengangkat tangan seperti membaca doa dihadapan pusara tersebut. Iman hanya mengikuti langkah tersebut tanpa banyak soal.
“Irman.. mama datang ni.. mama datang dengan papa..” farina mencabut rumput yang tumbuh diatas pusara anaknya itu.
“Sayang.. anak kitaa… anak kita dah meninggal ka?”
“Ya abang.. arwah meninggal sebab tak cukup bulan.. Jantungnya tak kuat..” tenang suara Farina menjawab soalan suaminya itu.
‘ Ya Allah.. apa dah aku lakukan.. aku berdosa Ya Allah.. Aku berdosa.. Irman.. maafkan papa nakk..Papa jahat.. Papa tak jaga mama dengan baik..” tersedu-sedu Iman menahan air mata.
“Abang.. Arin nak minta sesuatu boleh tak?”
“Tolong apa sayang?”
“Kalau umur Arin tak panjang.. Arin nak duduk sebelah Irman ya..” pinta Farina
“Eh! Kenapa sayang cakap macam ni.. sayang kena hidup dengan abang.. abang nak bahgiakan sayang.. bagi peluang untuk abang tebus segala dosa sayang kat abang”
“Sayang dah maafkan abang sejak mula-mula kita kawin.. jangan risau.. dah..jom balik..dah nak senja ni” Farina bangun sambil mengibas rumput-rumput kering yang melekat di bajunya.
“baiklah sayang”
Iman bermalam di rumah sewa Farina. Rumah yang mempunyai satu bilik sudah memadai buat Farina yang hanya tinggal seorang diri. Farina telah memasak makanan kegemaran Iman. Itulah pertama kali mereka makan bersama-sama.
“Sayang.. abang bahagia sangat hari ini..” Iman memulakan bicara ketika mereka sedang menonton televisyen di ruang tamu.
“Sayang pon bahagia.. Terima kasih abang sebab bahagiakan sayang walaupun seketika.. halalkan makan minum yang abang dah berikan kepada sayang selama ini ya..” kata Farina sambil memeluk Iman.
“Abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila.. ya sayang?”
Farina tidak membalas kata-kata Iman. Matanya tertutup rapat umpama sedang tidur nyenyak. Iman membetulkan kedudukan supaya Farina selesa. Tiba- tiba farina jatuh dari dakapannya. Jantung Iman berdegup kencang seperti baru lari dalam acara marathon.
Digoyangnya bahu Farina. Farina tetap terpaku. Iman menangis. Dia tidak menyangka Farina akan meninggalkannya.
“sayang.. jangan tinggalkan abang.. janganlah buat macam ni.. bangunlah.. sayang.. bangunlah..” Iman menggoyang-goyangkan badan Farina. Namun hampa, Farina sudah pergi menatap Illahi.
Pahitnya sebuah kemaafan apabila kemaafan tersebut tidak dapat ditebus dengan sebaik mungkin. Manisnya titisan air mata apabila titisan tersebut membawa seribu erti kepada kehidupan.


** TAMAT**